Selasa, November 10, 2009

RENUNGAN MAGHRIB

-
Marilah kita sama-sama berkongsi kata-kata daripada
Datuk Dr. Fadilah Kamsah:
-
Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh

GEMBIRA dan CERIA, ada yang datang dengan perasaan
BIASA dan ada juga yang datang dengan perasaan
SERBA TAK KENA.
-
Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan
BIASA saja, hasilnya adalah BIASA saja. Sesiapa yang
datang dengan CERIA, hasilnya akan jadi lebih daripada
BIASA ataupun LUAR BIASA. Bekerjalah dengan CERIA
agar menghasilkan produktiviti yang LUAR BIASA yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga
hasil itu akan mendapat keberkatan, insya-Allah.
-
Jadi renungkanlah:
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi

1. tanggungjawab DATANG BEKERJA tapi hampa, hasilnya
1. macam kita TAK DATANG KERJA.
-
2. Adakala kita rasa kita BUSY gila, rupanya kita hanya
2. KELAM KABUT.
-
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita
3. BUSY BODY.
-
4. Adakala kita rasa kita OPEN-MINDED dan OUT-
4. SPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
-
5. Adakala kita rasa kita berfikiran KRITIS, rupanya kita
5. hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
-
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi
6. rupanya kita dilihat lebih MENGADA-NGADA.
-
7. Adakala kita suka bertanya KENAPA DIA INI MACAM
7. TIDAK ADA KERJA, tapi adalah lebih baik jika kita tanya
7. APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT?
-
Pejamkanlah mata dan renunglah diri. Kalau kita perlu
melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah
segera tetapi manusia tetap manusia. Sukar untuk berubah
kerana kita selalu beranggapan bahawa kita lebih baik.
Adakah dengan merasakan itu, kita sememangnya terbaik?
-
Maka untuk itu, mari kita mula SENYUM, CERIA, MESRA

sesama kita dan tingkatkan KERJASAMA dalam kerja, tak
rugi kita semai rasa KEKELUARGAAN dalam tugasan. Kalau
kita KURANG KERJA, carilah kerja MEMBANTU teman-
teman yang lain.
-
Tidak dapat gaji lebih pun tidak apa sebab PAHALA dapat,

kita WITHDRAW di akhirat nanti tetapi kalau kita asyik
DENGKI MENDENGKI nasiblah sebab sudah ditentukan
jalan yang sukar itu yang kita pilih.
-
Renungilah, berapa ramai KAWAN kita dan berapa ramai

LAWAN kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang
sebaiknya.
-
MENGKRITIK tidak bererti MENENTANG,

MENYETUJUI tidak semestinya MENYOKONG,
MENEGUR tidak bermakna MEMBENCI,
BERBEZA PENDAPAT adalah kawan BERFIKIR yang baik.
-
Wallahua'lam.