Jumaat, Julai 31, 2009

NASI LEMAK DI 7/11


Maklumat dari seorang sahabat, untuk renungan dan perhatian
rakan-rakan semua.

Kepada penggemar nasi lemak yang selalu membeli nasi lemak di
7-Eleven di Selangor, saya nasihatkan hentikan tabiat anda itu.

Pagi tadi saya singgah di kedai husband saya dan ternampak
satu kedai makan dan tengok ada seorang Chinese girl tengah
potong sayur. Di sebelahnya anjing tengah hidu sayur-sayur dia
tu. Tiba-tiba tergerak hati nak tanya husband saya, itu restoran
ke apa? Lepas itu, hubby saya cakap dia terlupa nak cerita pada
saya. Tempatnya saya terpaksa rahsiakan, minta maaf sebab
atas sebab-sebab keselamatan awam.

Menurut hubby saya, ini bukan restoran tapi tempat packing
nasi lemak dan bihun goreng untuk dipasarkan ke 7-Eleven
seluruh Selangor. Owner ni dapat contract tiga tahun dengan
7-Eleven. Pekerjanya ramai Indon. Salah seorang Indon kat
tempat itu cerita pada hubby saya, nasi lemak yang mereka
proses adalah halal. Barang-barang pun dari sumber-sumber
yang halal.

Tapi masalahnya, tengah menggoreng bihun dan nasi lemak
pun ada anjing kat kaki apahal. So tepuk dada tanya iman.
Pada pandangan saya memang tak halal sebab tidak menjaga
kebersihan langsung. Macam mana nak halal kalau anjing kiri
kanan.

So, moralnya lebih baik beli nasi lemak yang dijual Melayu kita
di kaki-kaki lima tu.

Read rest of entry

Selasa, Julai 28, 2009

RENUNGAN


Sepanjang beberapa posting yang lepas, telah diceritakan
seksaan-seksaan yang bakal menanti insan yang ingkar di
neraka kelak.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan
kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya.
Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya,
ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Oleh itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada
terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan
Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka
kelak. Selagi hayat masih dikandung badan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat
untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal
ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah.
Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah
S.W.T. dan diampunkanNya dosa-dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah S.W.T. Walau
sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat
dengan bersungguh-sungguh, insya-Allah akan diampunkan
Allah kerana Allah S.W.T. itu Maha Pengampun. Namun
kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti
menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan
sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan
di samping memohon keampunanAllah S.W.T.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari
seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh
membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah
berusaha mencegahnya.

Wallahua'lam.

Read rest of entry

MENGUMPAT


Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan
digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar
dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir
dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi,
kemudian pulih dan digunting lagi.

Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit
dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70,000 cabang,
setiap cabang ada 70,000 ular dan kala berbisa. Di dalam
buah yang terdapat pada pokok itu ada 70,000 ulat yang
panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-
mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-
kira 70 tahun perjalanan. Setiap sungai mempunyai 70,000
cabang dan 70,000 lubang. Setiap lubang dipenuhi 70,000
ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu
mengandungi 70,000 jenis racun berbisa.


Read rest of entry

Isnin, Julai 27, 2009

SAKSI BOHONG


Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka
akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan
mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70,000 malaikat
dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan
tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.
Read rest of entry

AZAB BAGI YANG KEDEKUT


Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada
disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu
akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit
dan mematuknya setiap masa.
Read rest of entry

Sabtu, Julai 25, 2009




Read rest of entry

MENGKHIANATI HARTA


Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan
dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam
neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil
benda tersebut.

Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka
supaya menyelam semula serta dipukul kepala mereka itu
dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang
selama mereka di laut itu.
Read rest of entry

Jumaat, Julai 24, 2009

PEMINUM ARAK


Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di
tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula
dengan api neraka. Maka terdengarlah suara yang menyeru,
"Inilah si polan anak si polan!"

Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka
keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk
(bau arak) hingga terganggu manusia yang berhimpun di
Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau
busuk.

Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta
dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka,
dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka
sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke
atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti
besar dari api selama seribu tahun lamanya.

Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara
di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa
menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk
mereka.
Read rest of entry

Isnin, Julai 20, 2009

CUAI SOLAT 5 WAKTU


Di dalam neraka Jahanam, terdapat wadi (lembah) yang di
dalamnya terdapat ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta
dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain
selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula
menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun
sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian
tubuh badan mereka pulih semula lalu digigit lagi dan
begitulah seterusnya.
Read rest of entry

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG


Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa
di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.
Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin
sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit
dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan
ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau
mensia-siakan sembahyang Subuh."

Dia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian
dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana
meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana
meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga
ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh
Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Na'udzubillah Min Zalik
Read rest of entry

Ahad, Julai 19, 2009

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG


Dalam kesibukan, kadangkala ada antara kita yang lalai
atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang Zuhur
dengan Asar (sembahyang di akhir waktu Zuhur dan diikuti
sembahyang Asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan hadis Rasulullah S.A.W. di bawah yang
menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah S.A.W. mengenai
orang yang melalaikan sembahyangnya, maka jawab
baginda:

"Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari
waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu
sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka
wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan
hadis di atas:

"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang
mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain,
maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat, Allah
menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada
halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu
besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.

Read rest of entry

32 Tahun Mengenali Dunia


Alhamdulillah, hari ini genap umurku 32 tahun.
Bersyukur aku ke hadrat Allah kerana dengan limpah
kurnia-Nya, aku masih sihat wal-afiat, jarang-jarang
diuji dengan kesakitan, rezeki yang melimpah ruah,
cahayamata yang hebat, keluarga yang sempurna.
Semoga aku terus dikurniakan rahmat-Mu yang tidak
terhingga itu sehingga ke akhir hayatku. Amin.
Read rest of entry

Sabtu, Julai 18, 2009

Berbaju Melayu


Sejuk hati memandang Hidayat, semacam tidak mahu Hidayat membesar ke usia kanak-kanak dan dewasa.
Terasa macam mahu Hidayat kekal sebagai bayi agar
dapatku bisa mendengar gelak tawanya, ragamnya
dan melayani kemanjaannya.
Namun apakan daya, semoga ketentuan Ilahi menjaga
Hidayat sepanjang peningkatan usianya sehingga
menjadi insan yang benar-benar berbakti kepada agama
kelak.
Read rest of entry

Jumaat, Julai 17, 2009

Terbaru


Read rest of entry