-
Janganlah kita selalu tuduh hantulah, jinlah. Tahyul
semua itu. Fenomena kena tindih, di antara
kepercayaan dan kebenaran.
-
Ini hanyalah untuk berkongsi pandangan. Biasa kita
baca di segmen pengalaman menyeramkan dalam buku,
banyak sangat orang cerita tentang pengalaman kena
tindih ini. Betulkah kena tindih disebabkan gangguan
makhluk seperti jin atau hantu?
-
Orang ramai menggambarkan peristiwa kena tindih
seperti tidak boleh menggerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat pada dada dan nampak
benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan
sebagainya).
-
Kalau ditanya, mesti ramai menjawab pernah kena. Aku
pun secara jujurnya pernah ada pengalaman kena
'tindih' semasa di sekolah menengah dahulu, dalam
tiga hingga empat kali juga. Masa itu aku sedar dan boleh
buka mata separuh. Aku tahu aku sedar tapi tidak boleh
bergerak.
-
Kadang-kadang geram sebab tidak boleh bergerak.
Lepas lima minit barulah boleh bergerak. Aku dulu pun
takut. Memang ingat kena hempap dah. Lepas boleh
bergerak, rasa seram sejuk saja tapi setelah aku masuk
universiti dan belajar pasal tubuh badan manusia,
barulah aku tahu akan kebenarannya.
-
Di sini aku hendak cerita sikit tentang fenomena kena
hempap/tindih atau nama perubatannya 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan ialah "lumpuh waktu
tidur' merupakan keadaan yang terdiri daripada paralysis
(lumpuh) yang sementara. Lumpuh sementara ini selalu
berlaku semasa hendak tidur (hypnagogic paralysis)
atau baru mula-mula bangun dari tidur (hypnopompic
paralysis).
-
Normalnya, apabila badan manusia memasuki peringkat
tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement) di
mana anak mata kita bergerak-gerak, otak akan
memberitahu badan agar berehat. Jadi, badan kita
seakan-akan switch off sekejap.
-
Otak kita juga ada butang switch off yang dipanggil
reticular activating system (RAS). Apabila otak telah
switch off badan kita, RAS ini pun secara automatiknya
akan switch off. Yang tinggal cuma automatic function
(degupan jantung, bernafas, dll) yang on. Ibaratnya
screensaver atau hibernate pada sistem komputer.
-
Apabila kita bangun, RAS akan switch on semula. Kita
akan sedar sepenuhnya tetapi kadang-kala isyarat
elektrikal tidak diaktifkan oleh otak untuk switch on
semula badan kita, maka pada masa itulah badan kita
lumpuh seketika. Ini berlaku sebelum otak dapat
diaktifkan semula.
-
Memang menakutkan tapi benar. Lumpuh itu tidak
semestinya sepenuhnya. Kadang-kadang sebahagian
sahaja. Sebab itulah ada orang yang boleh menggerakkan
ibu jari tetapi bahagian badan yang lain lumpuh.
-
Selain daripada itu, sleep paralysis ini selalu juga
berlaku serentak dengan halusinasi, samada dalam
bentuk auditori (mendengar bunyi-bunyi pelik), visual
(nampak benda yang bukan-bukan) atau tactile (deria
sentuhan terasa seperti disentuh atau dihempap, dan
sebagainya).
-
Sebab-sebab atau perkara-perkara yang boleh
menyebabkan sleep paralysis adalah:
-
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.
2. Jadual tidur yang tidak menentu (irregular sleep
2. clock).
3. Sleep/rest deprivation (tidak cukup tidur dan penat
3. yang amat sangat).
4. Stres yang banyak pada otak (contohnya masalah
4. keluarga, kewangan, dll).
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba (contohnya,
5. biasa duduk di rumah sahaja tiba-tiba pergi panjat
5. gunung, kayuh basikal, dll).
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy.
-
Oleh itu, bermula hari ini, janganlah kita kata dihempap
oleh hantu dan menyalahkan hantu. Sebenarnya kitalah
'hantu' yang sebenarnya.
-
Namun jika ada pembaca, terutamanya kaum wanita,
jikalau celik mata dan rasa ditindih oleh suami,
janganlah anda membaca ayat Kursi. Bimbang nanti
terbakar pula suami. Sebaliknya bacalah Alhamdulillah!