Khamis, Oktober 15, 2009

FOIE GRAS

-

Foie Gras bermaksud "Hati Gemuk". Ia merupakan sejenis
makanan yang sangat mewah yang berasal dari Perancis.
tetapi hidangan ini datangnya daripada angsa yang diberi
makan secara berlebihan yang mana akan mendatangkan
PENYAKIT HATI GEMUK.


Mari kita lihat bagaimana hidangan yang lazat ini dihasilkan
semata-mata untuk dinikmati oleh golongan yang kaya dan
berkuasa.

Angsa-angsa ini dipaksa makan sepanjang masa. Perhatikan
angsa-angsa yang lain - dalam ketakutan dan lebih rela untuk
bersesak-sesak satu sama lain di penjuru reban semasa diberi
makan itu!!

Situasi sebegini tidak akan dapat dilihat dalam lain-lain
industri penternakan domestik yang lain. Paip besi berkenaan
juga dimasukkan secara paksa melalui tekak terus ke dalam
perut bagi membolehkan makanan dimasukkan tanpa halangan
dengan hanya sedikit pembaziran melalui muntahan angsa-
angsa berkenaan.

Angsa-angsa berkenaan tiada pilihan lain walaupun tidak lagi
mahu makan. Tujuan utamanya hanyalah untuk menjadikan
hati angsa berkenaan lebih besar dan berlemak yang seterusnya
mengakibatkan penyakit hati gemuk dalam jangka masa yang
amat singkat. Sila ambil perhatian yang penyakit hati gemuk
ini juga boleh mendatangkan maut kepada manusia.

Sangkar yang kecil hanya membenarkan pergerakan yang
terhad kepada angsa-angsa. Hasil daripada itu, kaki-kaki
angsa tersebut menjadi bengkak disebabkan berdiri terlalu
lama. Tidur juga adalah amat kurang oleh kerana ia sentiasa
diberi makan secara paksa sepanjang masa.



Angsa-angsa ini berada di dalam keadaan yang amat terdesak
walaupun menunjukkan sedikit penentangan terhadap layanan
yang amat zalim itu.
-
Hidup mereka sungguh menyedihkan. Sesetengahnya dipaksa
makan sehingga mati. Boleh disaksikan yang makanan
melimpah keluar dari mulut seekor angsa yang telah mati. Ada
sesetengah yang lain mengalami punggung yang keradangan
dengan darah mengalir keluar bersama-sama dengan najis.
-
Hasil daripada layanan sebegini: kecederaan mulut, tekak,
sakit perut yang berpanjangan, kaki yang bengkak, kekurangan
tidur, tiada riadah dan juga tiada kebebasan untuk sekurang-
kurangnya melihat tasik atau sungai, malah melihat langit.
-
Hasil daripada proses penderaan yang berpanjangan ini adalah
untuk mendapatkan hati yang putih berlemak, besar dan cantik,
berbanding dengan hati biasa yang kecil dan gelap. Hati yang
diperolehi itu ditinkan dan dipasarkan ke seluruh dunia bagi
pasaran restoran mewah dan kadang-kala bagi pasaraya dan
butik hidangan eksotik.
-

Masih lagi berhajat untuk menikmatinya? Fikirkan semula!