Jumaat, September 04, 2009

HARI TANPA PLASTIK

Di Pulau Pinang, orang ramai tidak digalakkan
menggunakan plastik ketika membeli-belah dan
juga menggunakan pembungkus makanan polisterin.
Mengapa?


Jangan terkejut jika anda diminta membayar RM0.20
semasa membeli-belah di mana-mana pasaraya di Pulau
Pinang. Ia bukanlah harga untuk beg plastik tetapi itulah
nilai yang terpaksa anda bayar kerana menggunakan
bahan yang tidak boleh dikitar semula itu.

Sejak 1 Julai lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang
mengumumkan hari Isnin pertama setiap bulan sebagai
hari tanpa plastik. Sebagai ganti, orang ramai digalakkan
membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau
menggunakan beg mesra alam.



Menariknya, langkah ini turut disokong oleh kira-kira
500 peniaga termasuk pemilik pasaraya besar di Pulau
Mutiara, walaupun mendapat bantahan terutama
daripada pengilang plastik.

Mulanya, tindakan yang diperkenalkan sempena Hari
Alam Sekitar itu dilihat janggal kerana menyusahkan
pelanggan yang rata-rata terbiasa dengan budaya beg
plastik ketika membeli-belah.

"Mengapa perlu bayar 20 sen sedangkan saya membeli-
belah ratusan ringgit setiap minggu di sini?" soal
seorang surirumah, Nor Rehan Abd. Razak.

Bagaimanapun, setelah dijelaskan oleh juruwang di
kaunter, beliau menyambut baik usaha itu dan menolak
beg plastik sebaliknya meminta digantikan dengan
kotak kosong yang disediakan oleh pasaraya itu.

Selepas sebulan diperkenalkan, ia mendapat maklum-
balas positif daripada orang ramai, terutamanya
generasi muda termasuk beberapa badan-badan bukan
kerajaan (NGO).

"Program ini memang cool, saya sokong sepenuhnya
walaupun ramai yang merungut tetapi inilah tindakan
sebenar untuk selamatkan bumi kita," ujar pelajar
sekolah, Raymond Tan, 17.

Bagi Siti Yusliza Zainal, 21 tahun pula, terlalu banyak
berkempen tanpa tindakan juga tidak ada gunanya.
Bagi beliau, usaha ini wajar dicontohi.



Plastik bukan sahaja tidak boleh dikitar semula, malah
ia memberi kesan pada alam sekitar untuk jangka masa
panjang.


Kesungguhan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau
Pinang 'negeri hijau' bukan omong kosong apabila pada
bulan yang sama, ia memutuskan larangan menggunakan
pembungkus makanan polisterin pada semua program
rasminya.
a
"Penggunaan bekas pembungkus makanan tersebut secara
tidak terkawal menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes
dan larangan ini sebagai langkah memerangi demam
denggi," ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri,
Phee Boon Poh.
a
Beliau berkata, penggunaan pembungkus polisterin
bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna,
tetapi juga mendatangkan kesan negatif kepada alam
sekitar.
a
"Tiada lagi penggunaan polisterin selepas ini dan
diharap tindakan sama dilakukan oleh pihak swasta
dan orang ramai, sebaliknya kita galakkan penggunaan
bahan lain, misalnya piring kertas. Ia mudah dibawa
tetapi sikap pengguna yang gemar membuang bekas
makanan ini merata-rata, bila hujan ia menakung air
dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,"
ujarnya.
a
Menurut Booh Poh, dua pendekatan yang diperkenalkan
kerajaan negeri itu semakin diterima apabila beberapa
penganjuran majlis tidak lagi menggunakan bekas
polisterin, manakala orang ramai mesra dengan
budaya membawa beg kitar semula ketika membeli-
belah.
a
Penggunaan beg kertas antara pilihan lain untuk
menggantikan beg plastik.
a
Katanya, bayaran 20 sen yang dikenakan kepada
pelanggan yang terlupa menyediakan beg sendiri
dan memerlukan beg plastik sebenarnya akan
disumbangkan kepada Program Anti-Miskin Tegar.
a
"Duit itu bukan masuk kocek kerajaan, kutipan
diambil oleh pasaraya yang terlibat untuk didermakan
kepada rumah-rumah kebajikan di negeri ini. Pada
dasarnya, ada beberapa pengusaha pasaraya besar
turut memberi reaksi positif dan berminat untuk
turut serta dan kami sedang memperincikan perkara
ini," ujarnya.
a
Jelas Boon Poh, program itu bukan bermakna kerajaan
negeri mengharamkan terus beg plastik sebaliknya
mengurangkan jumlah penggunaannya sahaja, malah
menggalakkan sekiranya beg plastik sama diguna oleh
orang ramai semasa membeli-belah berulang-kali.
a
"Hasrat kita seterusnya ialah memanjangkan lagi
program ini mungkin kepada dua hari tanpa plastik
atau minggu tanpa plastik. Jika ia tidak dimulakan
sekarang, bila lagi? Walaupun tiada paksaan, tetapi
kerajaan negeri berharap penduduk negeri ini dapat
memainkan peranan masing-masing agar alam
sekitar yang ada boleh diwarisi dengan selamat
kepada generasi seterusnya," ujar beliau.
a