Jumaat, Ogos 21, 2009
SELAMAT DATANG RAMADHAN 1430H
Author: NewMaxSee
| at : 10:43 PG |
Category :
Islamik
|
Assalamualaikum.
Allah Yang Maha Besar, Ya Allah, muliakanlah kami
dengan keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam.
Tuhanku dan Tuhanmu hanyalah Allah.
Tiada kata yang layak diucapkan kecuali mohon
kemaafan atas segala kesalahan yang tiada disedari
dan dengan ikhlas mengucapkan dan diiringi dengan
doa semoga kita semua mendapat keberkatan di
sepanjang Ramadhan ini.
SEJARAH RAMADHAN
- Ertinya panas terik.
- Bulan diturunkan Al-Quran dan disebut syahru
- ramadhana.
- Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat
- kemenangan.
- Bulan di mana Nabi S.A.W. mengambil balik Mekah
- dari tangan puak musyrikin dan berakhirnya
- penyembahan berhala.
- Di dalamnya dipilih ada malam al-Qadar yakni lebih
- baik daripada 1,000 bulan.
- Dipilih untuk ibadat puasa.
- Dipilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al-Quran).
KELEBIHAN RAMADHAN
- Kamu akan dinaungi Ramadhan (bagi yang telah
- meninggal dunia terlepas dari siksa kubur sepanjang
- Ramadhan).
- Bulan yang penuh dengan keberkatan.
- Ibadat di malamnya adalah lebih baik daripada
- 1,000 bulan.
- Amalan sunat di dalamnya sama dengan amalan
- fardhu.
- Amalan fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
- Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
- Bulan menambah rezeki.
- Memberi buka puasa banyak pahalanya.
- Bulan keampunan (doa yang paling makbul iaitu
- doa sebelum berbuka puasa dan juga doa pada
- sepertiga malam).
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari
- pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari
- terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.
AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN
- Mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan.
- Menempah pakaian untuk Ramadhan.
- Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
- Sebelum tidur, bacalah empat ayat terakhir Surah Al-
- Kahfi supaya dapat bangun malam.
- Berazam melakukan terawih 20 rakaat (bukan lapan
- rakaat).
- Bertadarus secara beramai-ramai (bukan sendirian).
- Solat berjemaah setiap kali tiba waktunya.
- Solat berjemaah di masjid/surau.
- Amalkan qiyamulail walaupun sekejap.
- Sahur di penghujung waktunya.
- Semasa bersahur, elakkan makanan tidak hadam dan
- elakkan makanan pedas serta tutup sahur dengan air
- susu.
- Mandi janabat sebelum tiba waktu imsak.
- Kurangkan tidur.
- Tunaikan solat sunat fajar (solat sunat Subuh).
- Tunaikan solat Dhuha.
- Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
- Tunaikan solat Rawatib.
- Jaga pacaindera.
- Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
- Hadiri majlis-majlis ilmu.
- Buat baik pada ibu bapa.
- Isteri hendaklah taat pada suami.
- Banyakkan bersedekah.
- Berbuka dengan tiga biji kurma dan air yang belum
- dipanaskan oleh api.
- Berbuka bersama orang tua.
- Jemput tetamu berbuka.
- Kurangkan berat badan.
- Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
- Baiki hubungan suami isteri.
- Baiki hubungan sesama jiran.
- Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap dan
- perhiasan.
- Elakkan berbelanja berlebihan.
- Kuatkan kesabaran.
- Banyakkan selawat, istighfar dan bertasbih.
- Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
- Mengejutkan anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
- Elakkan menonton TV yang mengandungi unsur-
- unsur nafsu dan maksiat.
- Elakkan mendengar radio yang berunsurkan hiburan.
- Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
- Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
- Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang
- meninggal dunia.
- Melazimkan solat waktu.
- Elakkan sebelum berbuka dengan bersiar-siar yang
- menjadikan pandangan liar.
- Elakkan banyak berhutang.
- Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan
- sebab ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan
- Ramadhan yang akan datang.
- Tunaikan zakat fitrah.
CARA BERAMAL DI MALAM LAILATUL QADAR
1) Kepada orang tua yang lemah atau uzur, caranya
1) beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih
1) berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal
1) Al-Qadar.
2) Orang yang tidak sanggup solat malam yang
2) panjang, bacalah ayat akhir Surah Al-Baqarah, ayat
2) Kursi, Surah Yasin, Surah Al-Zalzalah, Surah Al-
2) Qafirun dan Surah Al-Ikhlas.
3) Bagi orang yang kuat dan cergas, bangunkan isteri
3) dan anak untuk mandi dan ibadat malam (tahajjud,
3) taubat, tasbih, hajat, istikharah dan baca Al-Quran.
NUZUL Al-QURAN (17 RAMADHAN)
- Tarikh turunnya Al-Quran.
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan
- amal-amal yang baik.
CARA SAMBUT HARI RAYA
Jangan sesekali disambut dengan hiburan, mercun,
pesta lampu dan berbagai lagi kemungkaran dan
kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan, orang-
orang yang telah meninggal menangis kerana peluang
mereka untuk berehat telah berakhir. Adalah
digalakkan semoga ahli keluarga menziarahi kubur
pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh,
hendaklah dibaca doa tahlil selepas solat Asar. Semoga
mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a. pernah mengatakan
bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan
pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu
rumah memohon belas kasihan daripada anak-anak
mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al-
Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu janganlah terlalu
gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah
meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka
anak-anak akan ingat kepada kita.
TAKBIR DI MALAM RAYA
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya.
Mengikut riwayat, ianya bermula sejak Perang Ahzab.
Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian
Salman Al-Farisi mencadangkan supaya digali parit
(khandak). Akhirnya peperangan ini diberi pertolongan
oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam takbir
raya.
KESIMPULAN
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik-
baik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik
kita mempunyai ketahanan dan memenuhi malam-
malamnya dengan amalan-amalan untuk mendekatkan
diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh
itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar
mengubah sikap kita kepada yang terbaik dan
seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga
kita dipertemukan lagi Ramadhan yang akan datang.
Doa untuk menghilangkan baran, maklumlah waktu
lapar memang lekas naik angin. Rujuk kepada Surah Al-
Anbiya' ayat ke-69. Sebelum minum, baca doa dan
tiupkan pada air (untuk diri sendiri, anak, suami, dan
lain-lain). Insya-Allah, cubalah amalkan.
Wallahua'lam. SELAMAT BERPUASA...