Jumaat, Ogos 07, 2009

CATATAN MINGGU INI


Hari Ahad, 2-
Ogos, Pak Ngah
dan Mak Ngah
(panggilan bagi
Hidayat adalah
Papa dan
Mama), serta
Pak Teh dan
juga anak Cik
Minah telah
singgah
bermalam di
teratak kami.

Kerja-kerja pembaikan dan mengecat masih berjalan, namun kami
amat bersyukur kerana mereka tetap sudi untuk bermalam
bersama kami.

Perancangan asal untuk ke Air Terjun Cemerung dibatalkan
disebabkan oleh kesuntukan masa dengan jarak perjalanan yang
agak jauh (60km dari tempat kami). Gantinya kami hanya singgah
sebentar menghirup udara nyaman di pantai Kemasek.

Sempat juga mereka membasahkan kaki dengan ombak Laut China
Selatan.