Ahad, Mei 31, 2009

WANITA & KUBUR



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
     penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
     kepada Rasulullah S.A.W. akan hal  tersebut, jawab
     Baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
     orang  yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
     rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
     Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
     kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
     bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang
     yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
     keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
     melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu
     setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
     kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
     anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala
     seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
     membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
     darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis
     kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
     akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari
      pasar ke rumah) lalu  diberikan kepada keluarganya,
      maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
      mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
      Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
      seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
     agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga
     lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
        bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta
        taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
        mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000
       lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
        siapakah yang lebih  besar haknya terhadap wanita?"
        Jawab Rasulullah, "Suaminya". Aku bertanya lagi,
        "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
        "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang  ibubapamu,
       maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
       laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
       bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
       kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
       puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
       tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
       syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
       kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
       bersama aku (Nabi S.A.W.) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
        saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
        dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
        pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
        penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
        baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a., barangsiapa yang diuji dengan
        sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
        berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
        menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Jadi,
        janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
        sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.
        Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan
        wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.