Isnin, Julai 20, 2009
SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Author: NewMaxSee
| at : 8:26 PG |
Category :
Islamik
|
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa
di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.
Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin
sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit
dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan
ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau
mensia-siakan sembahyang Subuh."
Dia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian
dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana
meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana
meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga
ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh
Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Na'udzubillah Min Zalik