Ahad, Julai 19, 2009
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Author: NewMaxSee
| at : 3:35 PTG |
Category :
Islamik
|
Dalam kesibukan, kadangkala ada antara kita yang lalai
atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang Zuhur
dengan Asar (sembahyang di akhir waktu Zuhur dan diikuti
sembahyang Asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah S.A.W. di bawah yang
menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah S.A.W. mengenai
orang yang melalaikan sembahyangnya, maka jawab
baginda:
"Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari
waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu
sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka
wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan
hadis di atas:
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang
mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain,
maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat, Allah
menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada
halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu
besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam.