Sabtu, November 14, 2009

FAEDAH LELAP SEKETIKA KEPADA PEKERJA

-
Banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para

pekerja untuk mengamalkan tidur sebentar di waktu
siang.
-
Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap

atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat
orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian
bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.
-
Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur

sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan
harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di
negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak
dahulu.
-
Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk

menyegarkan semula badan dan minda yang juga
dipanggil sebagai power nap.
-
Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan

kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu
membangunkankan National Sleep Disorder
Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan
mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang
kepada semua pihak terutama para pekerja.
-
Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor,

perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya
tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular
di negara kita.
-
Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita

terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga
kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda
waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.
-
Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para

sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di
waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan
ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di
waktu siang ini.
-
Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran

adalah seperti "The Art of Napping at Work" karya
Anthony dan Anthony, "Sleep and Alertness:
Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of
Napping" oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.
-
Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti

secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di
waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam
mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.
-
Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah

hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur
seketika.
-
Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan

waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan
sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan
tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan,
melayari Internet dan sebagainya.
-
Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk

memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam
keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu
persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga
fizikal dan mental ketika bekerja.
-
Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari

yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja
mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus,
mengantuk dan mudah marah.
-
Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai

fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk
tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30
hingga 40 minit.
-
Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula

akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan
yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja
semula.
-
Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang

secara berkala membantu dalam menyegarkan otak
yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi,
memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari
darah dalam pengaliran darah dan oksigen,
memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-
otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak
pagi.
-
Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula,

minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada
stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk
melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan
dan efisien menganjur ke petang hari.
-
Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut

diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.
-
Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa,

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap
pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam
hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari".
-

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk
menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah
rohani seseorang untuk beramal ibadah dan
melaksanakan rutin hariannya.
-
Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur

sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat
yang menggalakkan para pekerja untuk
mengamalkannya.
-
Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan

yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur
sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen,
tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain
daripada pantri atau kantin untuk makan.
-
Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham

akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk
mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas
kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat
tengah hari mereka.
-
Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis

pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang
tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa
untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.
-
Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter

perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut
apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi
ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.
-
Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan

praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di
negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai
orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi
amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti
keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan
kecerdasan diri.
-
Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat

direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan
prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita
bekerja sehari-harian.
-