Sabtu, Oktober 17, 2009

KENAPA WANITA DI CHINA TIDAK MENGALAMI KANSER PAYUDARA

-
Aku tiada alternatif lain melainkan samada mati ataupun
cuba untuk mencari penawarnya sendiri. Aku seorang
saintis, sudah tentulah ada penjelasan yang rasional
bagi penyakit kejam ini yang menjangkiti seorang
daripada setiap 12 wanita di UK?
-
Aku telah kehilangan sebelah payudaraku dan juga
telah menjalani radioterapi. Sekarang aku menjalani
pula kemoterapi, dan telah menemui ramai pakar
yang terkemuka dari bermacam-macam negara. Namun
jauh di sudut hatiku, aku amat yakin akan menemui
ajal tidak lama lagi.
-
Aku memiliki suami yang amat penyayang, rumah yang
cantik dan dua anak untuk dibelai. Aku amat terdesak
untuk terus hidup.
-
Syukurlah, keinginan ini telah mendorongku dalam
menemui beberapa fakta, sesetengah daripadanya hanya
diketahui oleh segelintir sahaja saintis pada ketika itu.
-
Sesiapa sahaja yang pernah menghidapi kanser payudara
sudah semestinya sedar yang beberapa faktor risiko,
seperti peningkatan usia, awal memasuki alam wanita,
lewat mengalami menopaus dan ada sejarah keluarga
yang mengalami kanser payudara, itu semua adalah di
luar kawalan kita. Namun terdapat beberapa faktor yang
mana dapat untuk kita kawal dengan mudah.
-
Faktor-faktor risiko yang boleh 'dikawal' ini mampu kita
terjemahkan kepada perubahan ringkas yang mudah
untuk diterapkan ke dalam kehidupan seharian kita bagi
menghindarkan atau merawat kanser payudara. Mesej
aku adalah, walaupun kanser payudara pada tahap
yang lewat ianya tetap dapat dirawat kerana aku sendiri
telah melakukannya.
-
Petunjuk pertama tentang mengapa aku mewar-warkan
penyakit kanser payudara ini muncul apabila suamiku,
yang juga seorang ahli sains, kembali dari bertugas di
China ketika aku sedang menjalani satu sesi kemoterapi.
-
Suamiku membawa bersamanya kad-kad ucapan dan
surat-surat, termasuk beberapa ramuan herba yang
dikirim oleh rakan-rakan dunia sains di China.
-
Ramuan herba berkenaan dikatakan sebagai penawar
kanser payudara. Walaupun dengan teruknya situasi itu,
kami sama-sama ketawa dan aku masih lagi teringat
kata-kata spontan dari mulutku ketika itu, patutlah
wanita di China tidak menghidap penyakit kanser
payudara dengan mengamalkan ramuan herba tersebut.
-
Kata-kataku itu terngiang-ngiang di mindaku, "Mengapa
wanita di China tidak menghidapi kanser payudara?" Aku
pernah bekerjasama dengan rakan-rakan di China bagi
menjalankan kajian berkenaan hubungkait di antara
kimia tanah dengan penyakit. Sesetengah daripada
statistik daripada hasil kajian itu masih mampu aku
ingat.
-
Penyakit ini hampir tidak wujud di negara itu. Hanya
seorang direkodkan daripada 10,000 wanita di China
yang dilaporkan mati disebabkan penyakit itu, jika
dibandingkan dengan angka yang menakutkan di
mana seorang daripada 12 wanita di Britain. Lebih
menakutkan lagi, secara purata seorang daripada 10
mati di kalangan negara-negara Barat. Ianya bukan
hanya disebabkan kerana China sebuah negara yang
masih mundur dengan pencemaran bandar yang
rendah. Di Hong Kong yang pesat membangun, kadar
itu meningkat kepada 34 wanita bagi setiap 10,000
tetapi itupun masih lagi jauh mendahului negara-
negara Barat.
-
Di bandar-bandar Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki,
kadarnya juga adalah sama. Anda perlu ingat yang
kedua-dua bandar berkenaan pernah dibom dengan
senjata nuklear, oleh itu selain daripada kanser yang
dikaitkan dengan pencemaran, kita juga akan turut
menjangkakan untuk menemui kes-kes kanser yang
berkaitan dengan radiasi.
-
Kesimpulan yang dapat diambil daripada statistik ini
adalah amat jelas. Jika wanita Barat ingin memasuki
era yang lebih berorientasikan industri, berbanding
dengan Hiroshima, mereka sepatutnya mengurangkan
risiko menghidap kanser payudara lebih daripada
separuh.
-
Ternyata ianya adalah mustahil. Yang jelasnya adalah
sesetengah faktor gaya hidup yang tidak berkait dengan
pencemaran, pembangunan atau persekitaran telah
menjejaskan peluang wanita Barat daripada
menghindari kanser payudara.
-
Aku kemudiannya mendapati bahawa walau apapun
penyebab yang menjadikan perbezaan kadar kanser
payudara yang amat ketara di antara negara-negara
Barat dengan negara yang rakyatnya majoriti
berbangsa Cina, ianya dibuktikan menerusi kajian
saintifik genetik yang menunjukkan apabila orang
Cina atau Jepun berpindah ke negara-negara Barat,
kadar risiko kanser payudara mereka hampir
menyamai kadar risiko penduduk asal negara
berkenaan. Fenomena ini boleh disaksikan apabila
lahirnya generasi pertama atau kedua orang Cina dan
Jepun tersebut.
-
Perkara yang sama apabila bangsa Cina atau Jepun ini
menerapkan sepenuhnya gaya hidup ala Barat di Hong
Kong.
-
Menurut fakta, bahasa dialek bagi kanser payudara di
China apabila diterjemahkan ialah "Penyakit Wanita
Kaya". Ini adalah kerana di China, hanya golongan yang
berada sahaja mampu menikmati apa yang dipanggil
"makanan Hong Kong". Orang Cina menyifatkan semua
makanan Barat, daripada aiskrim dan coklat sehingga
spaghetti dan keju, sebagai "makanan Hong Kong". Ini
adalah disebabkan makanan tersebut jarang didapati
sebelum ini di negara berkenaan, hanya terdapat di
tanah bekas jajahan koloni Inggeris itu sahaja.
-
Maka secara logiknya, walau apapun yang menyebabkan
kanser payudara ini dan juga kadar penghidapnya yang
amat tinggi di Britain ini, yang pastinya ia berhubung
kait dengan gaya hidup kelas pertengahan Barat yang
mewah.
-
Di sini juga terdapat isu yang perlu diberi perhatian
oleh kaum lelaki. Aku turut mendapati melalui kajian
yang dijalankan, kebanyakan data berkenaan kanser
prostate membawa kepada kesimpulan yang sama
sebagaimana kanser payudara.
-
Aku masih teringat memberitahu suamiku, "Awak baru
sahaja kembali dari China, apakah cara hidup orang
Cina yang amat berlainan daripada kita? Jadi mengapa
mereka tidak menghidap kanser payudara?" Kami pun
memutuskan untuk menggunapakai latar belakang
saintifik kami ke atas perkara secara logik.
-
Kami mengkaji data saintifik yang menjuruskan kami
kepada satu hala, iaitu lemak dalam pemakanan. Para
pengkaji telah mendapati pada 1980an, terdapat hanya
l4% kalori di dalam purata hidangan Cina berasal dari
lemak, berbanding 36% dengan hidangan Barat.
-
Berdasarkan angka daripada Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), bilangan lelaki yang menghidap
kanser prostate di pedalaman China adalah amat
rendah, hanya 0.5 lelaki bagi setiap 100,000. Walau
bagaimanapun, di Britain, Scotland dan Wales, kadar
ini adalah 70 kali lebih tinggi. Sepertimana kanser
payudara, ia merupakan penyakit kelas pertengahan
yang sasaran utamanya ialah golongan kaya dan
tahap sosio-ekonomi yang tinggi (yakni mereka yang
mampu menikmati hidangan-hidangan mewah).
-
Tetapi pemakanan yang aku amalkan bertahun-tahun
sebelum aku didapati menghidap kanser ini adalah
amat rendah paras lemaknya dan tinggi kandungan
serat. Selain dari itu, sebagai ahli sains, aku tahu yang
pengambilan lemak oleh golongan dewasa didapati
tidak menunjukkan peningkatan kepada risiko untuk
menghidap kanser payudara. Kebanyakan daripada
kajian ini dijalankan ke atas satu kumpulan besar
wanita selama berbelas-belas tahun.
-
Kemudian pada suatu hari, sesuatu yang istimewa
telah berlaku. Aku dan suamiku telah bekerja bersama
selama beberapa tahun sehinggakan aku tidak pasti
siapakah di antara kami yang mula-mula berkata,
"Orang Cina tidak memakan hasil tenusu!"
-
Ia sukar untuk dijelaskan kepada mereka yang bukan
ahli sains tentang "kenikmatan" emosi dan mental yang
anda perolehi apabila anda tahu bahawa anda telah
membuat satu penemuan yang besar. Seolah-olah pada
satu ketika kepala anda dipenuhi dengan teka-teki dan
persoalan, dan tiba-tiba dalam hanya beberapa saat, ia
terjawab dan segala-galanya menjadi jelas.
-
Lantas aku menyedari mengapa kebanyakan bangsa
Cina secara fizikalnya enggan meminum susu, mengapa
bangsa Cina yang pernah aku bekerja bersama pernah
menyatakan yang susu itu hanya untuk bayi, dan juga
salah seorang sahabat yang berketurunan Cina sentiasa
menolak dengan sopan hidangan berasaskan keju pada
majlis-majlis makan malam.
-
Tiada orang Cina yang menjalani cara hidup tradisional
Cina didapati menggunakan makanan berasaskan lembu
atau ternakan lain untuk memberi makan kepada bayi-
bayi mereka. Tradisi mereka adalah menggunakan pucuk
basah, tidak sekali-kali hasil tenusu.
-
Dari segi budaya, orang Cina mendapati tabiat orang
Barat dalam menikmati susu dan hasil tenusu adalah
amat janggal. Masih aku teringat semasa melayan satu
delegasi ahli-ahli sains Cina sebaik sahaja tamatnya
Revolusi Budaya pada 1980an. Setelah mendapat
nasihat daripada Kementerian Luar, kami meminta
pihak penyaji makanan untuk menyediakan hidangan
puding yang mengandungi banyak aiskrim.
-
Setelah mengetahui ramuan dan isi kandungan puding
tersebut, kesemua orang Cina berkenaan termasuklah
penterjemah mereka telah menolak dengan sopan
daripada menikmati hidangan itu, dan mereka tidak
lagi mampu untuk dipujuk agar berubah fikiran. Apa
yang ada di minda kami saat itu adalah kegembiraan
semata-mata kerana dapat menikmati hidangan
tambahan.
-
Aku mendapati bahawa susu merupakan salah satu
penyebab utama alahan makanan. Lebih daripada 70%
daripada populasi dunia tidak berupaya untuk
mencernakan gula susu dan laktos, yang menyebabkan
pakar-pakar pemakanan percaya ia merupakan satu
keadaan yang biasa bagi orang dewasa, bukanlah satu
situasi kekurangan zat makanan. Mungkin juga alam
ini cuba untuk memberitahu bahawa kita telah makan
makanan yang salah selama ini.
-
Sebelum aku didapati menghidap kanser, aku banyak
mengambil hasil tenusu, seperti susu sejat, keju rendah
lemak dan juga yogurt. Aku mengambilnya sebagai
sumber utama protein. Aku turut mengambil daging
salai merah yang murah, yang mana baru sekarang
aku sedari adalah lembu ternak.
-
Dalam usaha untuk menangani kesan kemoterapi yang
aku jalani bagi tahun kelima kanser payudara yang aku
hidapi, aku juga memakan yogurt organik sebagai satu
cara untuk membantu saluran penghadaman tubuhku
pulih dan memenuhkan perutku dengan bakteria "baik".
-
Baru-baru ini, aku mendapati bahawa pada tahun 1989,
yogurt disyaki sebagai penyebab utama kanser ovari. Dr
Daniel Cramer dari Universiti Harvard telah menjalankan
kajian ke atas beratus-ratus wanita yang menghidap
kanser ovari dan merekodkan makanan rutin mereka.
Aku berharap yang penemuan beliau itu dihebahkan
kepada umum semasa ia mula-mula ditemui.
-
Berikutan daripada penemuan aku dan suamiku
berkenaan dengan pemakanan Cina, serta-merta aku
telah membuat keputusan untuk tidak memakan bukan
sahaja yogurt, malah semua jenis hasil tenusu. Keju,
mentega, susu dan yogurt serta apa-apa sahaja yang
mengandungi hasil tenusu - kesemuanya dicurahkan
ke dalam sinki atau memasuki tong sampah.
-
Agak memeranjatkan bahawa kebanyakan produk,
termasuk sup yang dikomersilkan, biskut-biskut dan kek,
mengandungi sekurang-kurangnya sejenis keluaran
tenusu di dalamnya. Kebanyakan jenama marjerin yang
agak terkenal dan dipasarkan sebagai soya, bunga
matahari ataupun minyak zaitun turut mengandungi
hasil tenusu.
-
Sesi pertama kemoterapi yang aku jalani tidak
menampakkan hasil - ketulan itu masih tidak berubah
saiznya. Kemudian aku tidak mengamalkan tabiat
memakan hasil tenusu. Dalam hanya beberapa hari
sahaja, ketulan tersebut telah mula mengecil!
-
Lebih kurang dua minggu selepas sesi kemoterapi yang
kedua dan seminggu selepas tidak mengamalkan hasil
tenusu, ketulan pada leherku mula menimbulkan rasa-
rasa gatal. Kemudian ia telah menjadi lembut dan
saiznya turut mengecil. Garisan pada graf yang
kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan,
kini menurun bersamaan dengan saiz tumor aku yang
semakin mengecil.
-
Lebih jelas lagi, aku sedari bahawa bertentangan
dengan penurunan yang mengejut (lengkungan yang
ketara) sebagaimana sifat-sifat kanser, pengecilan
saiz tumor itu adalah dalam bentuk garisan lurus
yang menghala ke dasar graf. Ini menandakan satu
pemulihan, bukannya penghalangan pembesaran
tumor berkenaan.
-
Pada suatu tengahari Sabtu selepas lebih kurang enam
minggu setelah mengetepikan segala bentuk hasil
tenusu daripada diet pemakananku. Aku telah
mengamalkan sejam meditasi dan kemudian cuba
untuk mengesan ketulan berkenaan. Aku tidak lagi
menemuinya.
-
Aku boleh dikategorikan sebagai orang
yang berpengalaman dalam mengesan ketulan kanser -
aku sendiri yang telah menemui lima ketulan kanser
pada diriku. Aku bergegas ke tingkat bawah dan telah
meminta suamiku menggosok leherku. Beliau juga turut
tidak menemui apa-apa kesan ketulan.
-
Aku dijadualkan untuk pertemuan dengan pakar
kanser yang merawatku pada hari Khamis berikutnya
di Hospital Charing Cross di London. Beliau memeriksa
aku dengan rapi, terutamanya di leherku yang mana
sebelumnya terdapat tumour tersebut. Beliau pada
mulanya kelihatan hairan dan kemudian teruja
semasa memberitahu, "Saya tidak dapat menemuinya".
-
Tiada seorang pun di antara doktor-doktor yang
merawatku menjangkakan bahawa seseorang seperti
aku dan tahap kanser yang agak teruk (yang telahpun

merebak ke sistem kelenjar) akan dapat bertahan,
lagikan pula kembali sihat dan ceria. Pakar yang
merawatku turut sama gembira sebagaimana aku.
Beliau agak ragu-ragu apabila aku memberitahu
tentang idea yang aku miliki.
-
Namun kini aku difahamkan yang beliau
menggunakan peta yang menunjukkan kemungkinan
kanser di China di dalam kuliah beliau dan turut
mengesyorkan diet pemakanan tanpa bahan tenusu
kepada pesakit-pesakit beliau.
-
Sekarang aku percaya akan hubungkait di antara
hasil tenusu dengan kanser payudara adalah sama
sepertimana hubungkait antara merokok dengan
kanser paru-paru. Aku juga yakin dengan dapat
dikenalpastinya hubungan di antara kanser
payudara dengan hasil tenusu, kemudian mencipta
satu jenis diet pemakanan yang spesifik hanya untuk
mengekalkan kesihatan payudara dan sistem
hormonku, aku telah berjaya menyembuhkan kanser
payudara yang aku deritai selama ini.
-
Ianya amat sukar bagiku, dan mungkin juga bagi
sesetengah daripada anda untuk menerima hakikat
bahawa satu khasiat yang "asli" dalam bentuk susu
mungkin memberikan implikasi kesihatan
sedemikian. Namun hakikatnya, aku merupakan
bukti hidup yang membenarkannya. Bermula dari
esok, aku akan mendedahkan rahsia daripada
pelan tindakan aku dalam melawan penyakit
kanser payudara ini.
-
Diekstrak dari buku "Your Life in Your Hands"
oleh Professor Jane Plant.