Jumaat, Oktober 16, 2009

BERFIKIRAN POSITIF

-
Di sebuah kampung, terdapat seorang gadis buta yang
membenci dirinya sendiri kerana kecacatannya itu. Dia
membenci semua orang, kecuali teman lelakinya yang
mencintai beliau. Teman lelakinya itu sentiasa ada di
sisinya sepanjang masa. Beliau memberitahu teman
lelakinya itu, "Jikalaulah aku dapat melihat dunia ini,
aku akan mengahwini kau."
-
Pada satu hari, ada seorang insan yang berhati mulia

telah mendermakan sepasang mata kepada beliau.
Apabila balutan luka pada matanya ditanggalkan,
beliau pun mampu melihat segala-galanya, termasuklah
teman lelakinya.
-
Teman lelakinya lantas bertanya, "Sekarang kau telah
dapat melihat dunia, mahukah kau mengahwini aku?"
Beliau memandang teman lelakinya itu dan mendapati
lelaki itu juga buta. Keadaan kelopak mata lelaki itu
yang tertutup amat mengejutkan beliau. Langsung tidak
disangka keadaan sedemikian. Apabila memikirkan yang
keadaan itu akan menemani beliau sehingga ke akhir
hayat jika beliau mengahwini teman lelakinya itu telah
menyebabkan beliau membatalkan hasratnya.
-
Lelaki itu beredar dengan airmata berlinangan. Beberapa
hari kemudian, beliau menulis satu warkah kepada gadis
itu yang berbunyi, "Jagalah matamu sebaik-baiknya
sayangku, kerana sebelum ia menjadi milikmu, ia adalah
milikku."
-
Beginilah otak manusia berfungsi. Apabila keadaan kita
berubah, hanya segelintir yang mengingati kehidupan
sebelumnya dan juga insan yang sentiasa berada di sisi
mereka dalam situasi yang sukar.
-

-
Life Is A Gift Of GOD
-
- Hari ini sebelum anda meluahkan kata-kata yang tidak

- enak didengar, fikirkanlah tentang insan yang tidak
- mampu berkata-kata.
-
- Sebelum anda menyatakan tidak puas hati terhadap

- rasa makanan anda, fikirkanlah tentang insan yang
- tiada apa-apa untuk dimakan.
-
- Sebelum anda menyatakan tidak puas hati terhadap

- suami atau isteri anda, fikirkanlah tentang insan
- yang sentiasa berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan
- teman hidup.
-
- Sebelum anda menyatakan tidak puas hati terhadap

- hidup anda, fikirkanlah tentang insan yang telah pergi
- meninggalkan dunia terlalu awal sebelum masanya.
-
- Sebelum anda merungut tentang jarak perjalanan yang

- perlu anda tempuhi, fikirkanlah tentang insan yang
- turut menempuhi jarak perjalanan yang sama dengan
- berjalan kaki.
-
- Sebelum anda merungut tentang kerja anda yang

- memenatkan, fikirkanlah tentang insan yang tiada
- pekerjaan, tiada keupayaan, dan juga insan yang
- berharap mereka mendapat kerja anda.
-

- Sebelum anda menjadi lemah semangat disebabkan
- perasaan yang tertekan, ukirlah senyuman pada wajah
- anda dan fikirkanlah, anda masih lagi bernyawa dan
- ucaplah syukur alhamdulillah.