
Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi
jika dimasak sebagai sambal.
-
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar
bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis
kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat
bateri, plastik dan baja fosfat.
-
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang
terhadap kanser payudara, kanser prostat serta penyakit
buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris
pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
-
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering
lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi
kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
-
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan
kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali
ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
-
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak
melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya
mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta
tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu
secara berlebihan.
-
