Jumaat, Oktober 16, 2009

ANCAMAN MI BERACUN

-

Sekurang-kurangnya tujuh jenama mi kuning popular
yang dijual meluas di pasaran dalam bentuk
bungkusan, dikesan mengandungi asid terlarang yang
berbahaya termasuk mengundang maut.
-
Dalam ujian makmal baru-baru ini terhadap tujuh
sampel mi berlainan jenama, semuanya didapati
mengandungi asik borik pembawa maut jika diambil
berlebihan di samping menjadi agen penyakit kanser.
-
Penggunaan bahan kimia ini diharamkan dan
menyalahi Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan
Makanan 1985 (Pindaan 2000).
-
Lebih memeranjatkan, enam sampel dalam bentuk
bungkusan 450 gram itu mendapat logo halal yang
sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Dalam syarat JAKIM untuk mendapatkan
logo halal, penggunaan asid borik adalah dilarang.
-
Dalam pada itu, satu daripada tujuh sampel itu pula
turut mengandungi bakteria pembunuh yang sangat
digeruni iaitu Coliform atau lebih dikenali sebagai
E-Coli (Ezcherichia Coli).
-
Bakteria E-Coli akan mengakibatkan cirit-birit,
muntah-muntah dan kemudian membawa kepada
dehidrasi serta maut bagi kes kritikal.
-
Laporan penuh ujian di sebuah makmal yang
mendapat akreditasi Kementerian Kesihatan di
Jalan Klang Lama mendedahkan:
-
- Dua sampel mengandungi asid borik pada kadar
- 101.9 dan 145.9 Mg/g (sejuta bahagian per gram);
-
- Lima sampel mengandungi asid borik antara 10.2
- dan 15.0 Mg/g, dan
-
- Satu sampel mengandungi bakteria E-Coli 23
- MPN/g (koloni per gram).
-
Faktanya, semakin tinggi pengambilan asid borik,
tempoh kesannya terhadap sistem badan dan
kesihatan akan lebih cepat.
-
Menurut Pengarah Bahagian KaWalan Mutu
Makanan, Kementerian Kesihatan, Dr. Abdul
Rahim Mohamad, asid borik hanya dibenarkan
penggunaannya untuk rawatan luar badan.
-
Jika termakan, selain menjadi agen kanser, asid
borik juga menyebabkan komplikasi badan
termasuk merosakkan usus dan buah pinggang
serta penyakit kronik lain.
-
Di pasaran, asid borik digunakan sebagai campuran
dalam ubat kurap dan perawat kulat bagi kemaluan
wanita.
-
Dalam pembuatan mi kuning dan makanan lain
seperti kuetiau, laksa, kek ikan, bebola ikan, sayur
fucuk dan kepingan wantan, asid borik digunakan
untuk mengekalkan warna serta kekenyalan bahan
tersebut.
-
Ia juga berperanan untuk menjadikannya tahan
lama di samping sentiasa kelihatan segar atau cantik.
-
-
APA ITU ASID BORIK?
-
- Kimia berwarna putih seakan-akan kristal.
-
- Makanan mengandungi asid borik bertukar merah
- jika dicampurkan air kunyit.
-
- Boleh didapati dalam bentuk serbuk dari farmasi
- tanpa preskripsi.
-
- Bahan anti-septik, anti-kulat dan anti-virus.
-
- Digunakan merawat dubur dan faraj daripada
- jangkitan kulat.
-
- Pembunuh kuman penyakit kulat.
-
- Terdapat di dalam kebanyakan produk perubatan
- farmasi untuk penyakit luaran.
-
- Keracunan, gastro-usus, kerosakan buah pinggang
- dan hilang selera makan.
-
-
APA ITU E-COLI?
-
- Nama penuh ialah Ezcherichia Coli.
-
- Bakteria penunjuk najis.
-
- Terdapat dalam usus manusia atau haiwan.
-
- Jika bakteria ini aktif dan agresif, ia mengundang
- maut.
-
- Merosakkan sistem imuniti tubuh.
-
- Kuman pengeluar toksin.
-
- Penyebaran melalui pembuangan najis.
-
- Tidak hilang dicuci dengan sabun.
-
- Melekat pada kuku yang panjang.
-
- Kesan dijangkiti ialah demam, muntah-muntah
- dan cirit-birit yang lama.
-
- Menyebabkan penyakit usus serius.