Rabu, Ogos 19, 2009
PENGALAMAN H1N1
Author: NewMaxSee
| at : 11:19 PG |
Category :
General
|
Assalamualaikum, di sini ada satu lagi maklumat yang
amat berguna untuk dikongsi bersama. Ia mengenai
pengalaman seorang kawan yang mana ahli keluarga
beliau telah dijangkiti H1N1 baru-baru ini. Ikuti dan
jadikan iktibar. Wallahua'lam.
Jangkitan berisiko tinggi kepada mereka yang merokok, ada
sejarah asma, kepada kanak-kanak dan wanita yang hamil.
Tahap Permulaan
Batuk, selesema, demam, sakit tekak, bila terbersin bunyinya
tidak kuat.
Tahap Kedua
Susah bernafas, simptom macam asma tapi bukan asma.
Di tahap ini, jika anda menyentuh pesakit atau bernafas
di dalam bilik yang sama, 80% risiko boleh kena jangkitan.
Masa inilah perlu kuarantin di hospital. Masalahnya
sekarang telah ramai yang dijangkiti. Hospital tidak cukup
katil dan bilik kuarantin. Bila sesiapa pengsan macam
hampir mati barulah pihak hospital masukkan ke wad.
Contohnya macam kes adik saya yang menghidapi jangkitan
paru-paru yang kritikal. Apabila x-ray, kami boleh lihat
virus itu telah memenuhi paru-parunya. Sungguh ngeri
semasa tengok x-ray tersebut. Pada tahap ini, beliau
memerlukan oksigen pada tahap yang tertinggi, anti-viral
yang paling kuat, dadah yang paling berkesan.
Sekurang-kurangnya tujuh hari perlu diberi oksigen.
Peluang untuk sembuh bergantung kepada usia dan tahap
imun badan beliau. Sebab itulah kalau bayi atau budak-
budak yang dijangkiti, biasanya akan meninggal.
Adik saya ketika itu genap lapan hari masih lagi diberikan
oksigen. Pada masa tahap kritikal, tercungap-cungap dia
bernafas sampai menangis. Ada satu tahap dia berguling
atas simen sebab sudah tak tahan sampai dia putus asa.
Dia boleh cakap yang lebih baik Allah cabut nyawa dia. Itu
orang lelaki, bayangkan kalau wanita atau budak-budak.
Kami semua cuma boleh tengok dia dari cermin. Tidak boleh
masuk ke dalam bilik kuarantin. Hanya doktor dan jururawat
sahaja yang boleh masuk dan lengkap berpakaian baju
plastik.
Untuk memberikan perangsang dan semangat kepada beliau,
kami hantar SMS, beri beliau Al-Quran untuk beliau baca
agar tenang, beri tasbih untuk beliau berzikir mengingati
Allah dan juga beri air bacaan surah Yasin.
Alhamdulillah, selepas itu beliau ok sedikit. Ada hikmahnya
di sebalik semua itu. Semua ahli keluarga saya bersatu untuk
memberikan sokongan kepada adik saya melawan virus itu.
Masalahnya hospital swasta tidak terima kes H1N1. Sekarang
semua bergantung kepada hospital kerajaan yang mana
kebanyakan doktor-doktornya masih muda. Yang paling muda
ketika merawat adik saya adalah doktor berusia 28 tahun.
Semua doktor yang berpengalaman telah menyertai hospital
swasta. Kemudian pula itu merupakan kali pertama beliau
merawat pesakit H1N1.
Pada masa yang sama juga, doktor-doktor sibuk dengan kes-
kes lain. Seorang doktor, lima pesakit di hospital kerajaan.
Kasihan doktor-doktor tersebut berhempas-pulas hendak
selamatkan pesakit.
Saya menghargai mereka, memang teramat-amat menghargai
mereka menjaga adik saya dengan begitu baik sekali. Setakat
ini hanya Hospital Ampang sahaja hospital kerajaan yang
paling bagus pernah saya jumpa. Sungguh efisien dan tindakan
yang pantas.
Walaupun doktor yang senior telah pergi ke hospital swasta
dan mereka tidak mempunyai banyak pengalaman, mereka
tetap berusaha gigih untuk memberikan rawatan yang terbaik
kepada pesakit-pesakit sehinggakan ada yang tidak balik ke
rumah dan tidur di hospital. Terasa macam hendak peluk
dan cium mereka sebab selamatkan adik saya...
P/S:
Terdapat laporan bahawa telah ada di pasaran vaksin yang
diberi nama "Maxigrip Influenza Antiviral" untuk merawat
virus selesema burung dan dipercayai turut mampu merawat
virus H1N1. Caj vaksin berkenaan dianggarkan sekitar
RM60.00 untuk satu rawatan.