Rabu, Ogos 26, 2009

H1N1 & JINTAN MANIS

Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah
penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang
direbus dengan jintan manis pada waktu pagi boleh
mencegah selesema H1N1.

Menurut laporan dalam suratkhabar harian berbahasa
Arab (Al-Khaleej), kajian itu telah menyebabkan
peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara
Asia sebanyak 50%.

Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan
yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti
Arab Saudi dan Mesir. Minuman jintan manis juga
diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji
dan umrah di Mekah dan Madinah.