Di Pulau Pinang, orang ramai tidak digalakkanmenggunakan plastik ketika membeli-belah danjuga menggunakan pembungkus makanan polisterin.Mengapa?
Jangan terkejut jika anda diminta membayar RM0.20semasa membeli-belah di mana-mana pasaraya di PulauPinang. Ia bukanlah harga untuk beg plastik tetapi itulahnilai yang terpaksa anda bayar kerana menggunakanbahan yang tidak boleh dikitar semula itu.Sejak 1 Julai lalu, kerajaan negeri Pulau Pinangmengumumkan hari Isnin pertama setiap bulan sebagaihari tanpa plastik. Sebagai ganti, orang ramai digalakkanmembawa beg sendiri semasa membeli-belah ataumenggunakan beg mesra alam.
Menariknya, langkah ini turut disokong oleh kira-kira500 peniaga termasuk pemilik pasaraya besar di PulauMutiara, walaupun mendapat bantahan terutamadaripada pengilang plastik.Mulanya, tindakan yang diperkenalkan sempena HariAlam Sekitar itu dilihat janggal kerana menyusahkanpelanggan yang rata-rata terbiasa dengan budaya begplastik ketika membeli-belah."Mengapa perlu bayar 20 sen sedangkan saya membeli-belah ratusan ringgit setiap minggu di sini?" soalseorang surirumah, Nor Rehan Abd. Razak.Bagaimanapun, setelah dijelaskan oleh juruwang dikaunter, beliau menyambut baik usaha itu dan menolakbeg plastik sebaliknya meminta digantikan dengankotak kosong yang disediakan oleh pasaraya itu.Selepas sebulan diperkenalkan, ia mendapat maklum-balas positif daripada orang ramai, terutamanyagenerasi muda termasuk beberapa badan-badan bukankerajaan (NGO)."Program ini memang cool, saya sokong sepenuhnyawalaupun ramai yang merungut tetapi inilah tindakansebenar untuk selamatkan bumi kita," ujar pelajarsekolah, Raymond Tan, 17.Bagi Siti Yusliza Zainal, 21 tahun pula, terlalu banyakberkempen tanpa tindakan juga tidak ada gunanya.Bagi beliau, usaha ini wajar dicontohi.
Plastik bukan sahaja tidak boleh dikitar semula, malahia memberi kesan pada alam sekitar untuk jangka masapanjang.
Kesungguhan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau
Pinang 'negeri hijau' bukan omong kosong apabila pada
bulan yang sama, ia memutuskan larangan menggunakan
pembungkus makanan polisterin pada semua program
rasminya.
a
"Penggunaan bekas pembungkus makanan tersebut secara
tidak terkawal menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes
dan larangan ini sebagai langkah memerangi demam
denggi," ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri,
Phee Boon Poh.
a
Beliau berkata, penggunaan pembungkus polisterin
bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna,
tetapi juga mendatangkan kesan negatif kepada alam
sekitar.
a
"Tiada lagi penggunaan polisterin selepas ini dan
diharap tindakan sama dilakukan oleh pihak swasta
dan orang ramai, sebaliknya kita galakkan penggunaan
bahan lain, misalnya piring kertas. Ia mudah dibawa
tetapi sikap pengguna yang gemar membuang bekas
makanan ini merata-rata, bila hujan ia menakung air
dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,"
ujarnya.
a
Menurut Booh Poh, dua pendekatan yang diperkenalkan
kerajaan negeri itu semakin diterima apabila beberapa
penganjuran majlis tidak lagi menggunakan bekas
polisterin, manakala orang ramai mesra dengan
budaya membawa beg kitar semula ketika membeli-
belah.
a
Penggunaan beg kertas antara pilihan lain untuk
menggantikan beg plastik.
a
Katanya, bayaran 20 sen yang dikenakan kepada
pelanggan yang terlupa menyediakan beg sendiri
dan memerlukan beg plastik sebenarnya akan
disumbangkan kepada Program Anti-Miskin Tegar.
a
"Duit itu bukan masuk kocek kerajaan, kutipan
diambil oleh pasaraya yang terlibat untuk didermakan
kepada rumah-rumah kebajikan di negeri ini. Pada
dasarnya, ada beberapa pengusaha pasaraya besar
turut memberi reaksi positif dan berminat untuk
turut serta dan kami sedang memperincikan perkara
ini," ujarnya.
a
Jelas Boon Poh, program itu bukan bermakna kerajaan
negeri mengharamkan terus beg plastik sebaliknya
mengurangkan jumlah penggunaannya sahaja, malah
menggalakkan sekiranya beg plastik sama diguna oleh
orang ramai semasa membeli-belah berulang-kali.
a
"Hasrat kita seterusnya ialah memanjangkan lagi
program ini mungkin kepada dua hari tanpa plastik
atau minggu tanpa plastik. Jika ia tidak dimulakan
sekarang, bila lagi? Walaupun tiada paksaan, tetapi
kerajaan negeri berharap penduduk negeri ini dapat
memainkan peranan masing-masing agar alam
sekitar yang ada boleh diwarisi dengan selamat
kepada generasi seterusnya," ujar beliau.
a