Sabtu, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009 / 1430H

-

Assalamualaikum. Bersempena dengan hari yang mulia bagi
seluruh umat Islam, kami sekeluarga ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H bersamaan dengan 20hb
September 2009 ini.
-
Cuma hari ini setelah pulang ke rumah mak, barulah line
Celcom penuh, siap dapat 3G coverage lagi. Selama seminggu
di Pasir Mas, hanya tiga hari dapat line GPRS. Itu pun dua,
tiga bar sahaja.
-
Kami juga ingin memohon kemaafan kepada seluruh kenalan
handai yang mengenali, seandainya terdapat salah dan silap
sepanjang pertemuan dan perkenalan kita.
-
Read rest of entry

Khamis, September 17, 2009

KOPIAH RAYA

-
Pertama kali bakal meraikan Aidilfitri di dunia ini...
-

Begitu ceria bila dapat kopiah baru untuk raya nanti...
-

Songkok yang ada cuma saiz 18 - longgar..
kalau ada saiz 17 kan elok...
-
Read rest of entry

KENAPA MINUM AIR KELAPA?

-
Air kelapa secara semulajadinya mengandungi
bahan-bahan organik yang telah diketahui kaya
dengan zat-zat yang mampu memberikan
tumbesaran yang berkhasiat, antaranya:

- Mengekalkan suhu tubuh rendah pada tahap yang

- sesuai.
- Membekalkan bendalir penting kepada tubuh, ia

- satu-satunya minuman isotonik yang semulajadi.
- Membawa nutrien dan oksigen kepada sel-sel

- tubuh.
- Menggantikan bendalir tubuh secara semulajadi

- selepas satu-satu aktiviti lasak atau bersenam.
- Meningkatkan tahap metabolisme tubuh.
- Menggalakkan pengurangan berat badan.
- Meningkatkan system daya tahan tubuh.
- Menyahtoksin dan melawan virus-virus.
- Membersihkan usus dan saluran penghadaman.
- Mengawal tahap diabetes (kencing manis).
- Membantu tubuh dalam melawan virus-virus yang

- mampu menyebabkan selsema, herpes dan AIDS.
- Menyeimbangkan pH tubuh.
- Mengurangkan risiko mendapat kanser.
- Mencegah penyakit buah pinggang dan batu

- karang.
- Meningkatkan peredaran darah.
Read rest of entry

Rabu, September 16, 2009

DENGAN DUA PUPU

-
Dengan Raziq, muka pun dah macam kembar...
-

Khusyuk naik kereta (Raziq punya...)
-

Membonceng di belakang Pia (kakak Raziq)
-

Pia lebih suka bawak Hidayat berbanding
dengan Raziq...


Satu halaman rumah dijarah mereka...


Read rest of entry

Selasa, September 15, 2009

CERITA SEBUTIR KURMA


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke Masjidil Aqsa. Sebagai bekal dalam perjalanannya,
beliau membeli 1kg kurma dari seorang pedagang tua dekat
Masjidil Haram.

Setelah kurma itu ditimbang dan dibungkus, Ibrahim terlihat
sebiji kurma tertinggal di tepi penimbang. Menyangkakan kurma
itu adalah daripada bahagian yang dibelinya, Ibrahim terus
mengambil dan memakannya.

Kemudian beliau terus berangkat menuju ke Masjidil Aqsa. Empat
bulan kemudian, Ibrahim tiba di Masjidil Aqsa. Seperti biasa,
beliau sentiasa memilih tempat beribadah yang sama, iaitu satu
ruang di bawah kubah Sakhra. Beliau kemudian solat dan berdoa
dengan amat khusyuk sekali.

Tiba-tiba beliau mendengar percakapan dua malaikat berkenaan
dirinya. "Itu ialah Ibrahim bin Adham, ahli ibadat yang zuhud
dan warak yang mana doanya sentiasa dikabulkan Allah S.W.T.,"
kata malaikat pertama. "Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya telah
ditolak kerana empat bulan yang lalu, dia telah memakan sebiji
kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berdekatan
Masjidil Haram," jawab malaikat yang seorang lagi.

Ibrahim bin Adham amat terkejut. Beliau tersentak. Rupa-rupanya
selama empat bulan lepas ibadatnya, solatnya, doanya dan amalan-
amalannya yang lain tidak diterima oleh Allah S.W.T. gara-gara
memakan sebiji kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal Adzhim," Ibrahim beristighfar. Beliau terus
berkemas untuk berangkat pulang ke Mekah untuk menemui
pedagang tua yang menjual kurma kepadanya empat bulan lalu
bagi meminta dihalalkan sebiji kurma yang telah dimakannya.

Setelah sampai di Mekah, beliau terus menuju ke tempat penjual
kurma itu tetapi beliau tidak menemui pedagang tua berkenaan
melainkan hanya seorang anak muda.

"Empat bulan yang lalu, saya telah membeli kurma di sini dari
seorang pedagang tua. Anak tahu di mana dia sekarang?" tanya
Ibrahim kepada anak muda itu. "Ayah sudah meninggal dunia
sebulan yang lepas, sekarang saya yang meneruskan perniagaan
ayah menjual kurma," jawab anak muda tersebut.

"Innalillahi Wa Innailaihi Roji'un. Kalau begitu, kepada siapa
saya harus meminta penghalalan?" Lantas Ibrahim pun
menceritakan peristiwa yang berlaku empat bulan yang lepas
sementara anak muda itu mendengar dengan penuh minat.

"Begitulah," kata Ibrahim setelah selesai bercerita, "Jadi anak
sebagai waris orang tua itu, bolehkah anak menghalalkan sebiji
kurma milik ayahmu yang telah terlanjur aku makan tanpa
izinnya?"

"Bagi saya tiada masalah, insya Allah saya halalkan. Tapi entah
bagaimana dengan adik-beradik saya yang kesemuanya sebelas
orang. Saya tidak layak mewakili mereka kerana mereka juga
mempunyai hak pewarisan yang sama sebagaimana saya," jawab
anak muda itu.

"Jika begitu, di mana tempat tinggal adik beradikmu semua?
Biar saya menemui mereka seorang demi seorang," ujar Ibrahim
kepada anak muda itu setelah mengetahui masih ada orang
yang berhak pada kurma yang dimakannya dulu.

Setelah menerima alamat-alamat daripada anak muda itu,
Ibrahim bin Adham pun meneruskan niatnya untuk meminta
halal daripada waris pedagang tua. Walaupun tempatnya yang
jauh, akhirnya ia selesai juga. Mereka semua bersetuju untuk
menghalalkan sebiji kurma milik ayah mereka yang termakan
oleh Ibrahim.

Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada
semula di bawah kubah Sakhra Masjidil Aqsa. Tiba-tiba beliau
terdengar lagi dua malaikat yang dulu bercakap-cakap.

"Ya, itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara
memakan sebiji kurma milik orang lain," kata malaikat yang
pertama. "Oh tidak, sekarang doanya sudah makbul semula.
Dia telah mendapat penghalalan daripada semua pewaris
pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih
kembali dari kotoran sebiji kurma yang haram kerana masih
menjadi milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas," berkata
pula malaikat yang kedua.

IKTIBAR:
Berhati-hatilah dengan makanan yang masuk ke dalam tubuh
badan kita dan menjadi darah daging kita. Adakah ia bersih
dan halal? Lebih baik kita hindarkan apabila berasa ragu-
ragu sebagai langkah selamat.
Read rest of entry

Sabtu, September 05, 2009

KOLEKSI 3

-
Asyik dengan mainan baru...


Duduk kat seat belakang, tapi masih
kena ada penjaga...

Mata mengantuk
tapi main lagi penting...


Cuba untuk tarik rambut Abi...



Selalu bergantung pada meja, kerusi,
cuba berdiri sendiri...


Read rest of entry

KOLEKSI 2 5 SEP 2009

-
Malam, main dengan sepupu
-

Ketuk orang dan lantai dengan botol susu...


Mencari mangsa untuk dibuli...

-


Dengan mak saudara beliau, dalam kereta...


Posing bila gambar nak diambil...


Read rest of entry

KOLEKSI GAMBAR

-
Sehari dua ini Hidayat kerap merengek dan kurang
menyusu. Kata orang-orang tua, itu sebab nak keluar
gigi.

Memang betul, giginya mula kelihatan. Namun
kelmarin, Hidayat meragam dari lepas berbuka
hinggalah ke sahur dengan buang air besar 4-5 kali.

Siangnya bawa Hidayat ke klinik. Doktor syorkan
tukar susu jenis lain yang mengandungi DHA. Ini
kerana, katanya, Snow adalah susu yang berasaskan
sayuran.

Kemudian kami terus ke pasaraya, beli Dumex Dugro
tin kecil untuk Hidayat cuba.

Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah cuma
tidak berapa laju Hidayat menyusu. Mungkin
disebabkan susu lain. Buang air besar pun sudah
berkurangan, kembali kepada normal.












Read rest of entry

Jumaat, September 04, 2009

SAGO PALM TREE


a
Please check and beware, whether you have this type
of plant at home.

The plant is called Sago Palm (scientific name is
Cycas Revoluta) and its highly poisonous to both
pets and humans.

A chemical in the plant called cycasin is toxic and
often causes permanent liver damage as well as
neurological damage if enough of the poison is
absorbed by the body.

The seeds are the most poisonous part of the plant
and the effects on humans are seizures, coma and
death.

Of course you and I wouldn't just yank off a chunk
of this plant and gnaw on it but the seeds are
colourful so if you have kids and Sago Palm in your
backyard, educate them on the danger or get rid of
the plant.

Fortunately our dog was one of the lucky ones. I
later discovered that our dog vomitted the plant in
the yard soon after swallowing it, and after two days
in the vet on IV, and having a ball of charcoal
inserted into his stomach, a test revealed that his
liver was recovering and he came home.

Sadly few people are aware of how dangerous this
plant, many have lost their dogs, and even many
veterinarians are unaware.

This plant doesn't carry a warning label and is
becoming popular in WalMart, Lowes, and Home
Depot.

So spread the word around.








Read rest of entry

HARI TANPA PLASTIK

Di Pulau Pinang, orang ramai tidak digalakkan
menggunakan plastik ketika membeli-belah dan
juga menggunakan pembungkus makanan polisterin.
Mengapa?


Jangan terkejut jika anda diminta membayar RM0.20
semasa membeli-belah di mana-mana pasaraya di Pulau
Pinang. Ia bukanlah harga untuk beg plastik tetapi itulah
nilai yang terpaksa anda bayar kerana menggunakan
bahan yang tidak boleh dikitar semula itu.

Sejak 1 Julai lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang
mengumumkan hari Isnin pertama setiap bulan sebagai
hari tanpa plastik. Sebagai ganti, orang ramai digalakkan
membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau
menggunakan beg mesra alam.



Menariknya, langkah ini turut disokong oleh kira-kira
500 peniaga termasuk pemilik pasaraya besar di Pulau
Mutiara, walaupun mendapat bantahan terutama
daripada pengilang plastik.

Mulanya, tindakan yang diperkenalkan sempena Hari
Alam Sekitar itu dilihat janggal kerana menyusahkan
pelanggan yang rata-rata terbiasa dengan budaya beg
plastik ketika membeli-belah.

"Mengapa perlu bayar 20 sen sedangkan saya membeli-
belah ratusan ringgit setiap minggu di sini?" soal
seorang surirumah, Nor Rehan Abd. Razak.

Bagaimanapun, setelah dijelaskan oleh juruwang di
kaunter, beliau menyambut baik usaha itu dan menolak
beg plastik sebaliknya meminta digantikan dengan
kotak kosong yang disediakan oleh pasaraya itu.

Selepas sebulan diperkenalkan, ia mendapat maklum-
balas positif daripada orang ramai, terutamanya
generasi muda termasuk beberapa badan-badan bukan
kerajaan (NGO).

"Program ini memang cool, saya sokong sepenuhnya
walaupun ramai yang merungut tetapi inilah tindakan
sebenar untuk selamatkan bumi kita," ujar pelajar
sekolah, Raymond Tan, 17.

Bagi Siti Yusliza Zainal, 21 tahun pula, terlalu banyak
berkempen tanpa tindakan juga tidak ada gunanya.
Bagi beliau, usaha ini wajar dicontohi.



Plastik bukan sahaja tidak boleh dikitar semula, malah
ia memberi kesan pada alam sekitar untuk jangka masa
panjang.


Kesungguhan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau
Pinang 'negeri hijau' bukan omong kosong apabila pada
bulan yang sama, ia memutuskan larangan menggunakan
pembungkus makanan polisterin pada semua program
rasminya.
a
"Penggunaan bekas pembungkus makanan tersebut secara
tidak terkawal menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes
dan larangan ini sebagai langkah memerangi demam
denggi," ujar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri,
Phee Boon Poh.
a
Beliau berkata, penggunaan pembungkus polisterin
bukan sahaja memudaratkan kesihatan pengguna,
tetapi juga mendatangkan kesan negatif kepada alam
sekitar.
a
"Tiada lagi penggunaan polisterin selepas ini dan
diharap tindakan sama dilakukan oleh pihak swasta
dan orang ramai, sebaliknya kita galakkan penggunaan
bahan lain, misalnya piring kertas. Ia mudah dibawa
tetapi sikap pengguna yang gemar membuang bekas
makanan ini merata-rata, bila hujan ia menakung air
dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,"
ujarnya.
a
Menurut Booh Poh, dua pendekatan yang diperkenalkan
kerajaan negeri itu semakin diterima apabila beberapa
penganjuran majlis tidak lagi menggunakan bekas
polisterin, manakala orang ramai mesra dengan
budaya membawa beg kitar semula ketika membeli-
belah.
a
Penggunaan beg kertas antara pilihan lain untuk
menggantikan beg plastik.
a
Katanya, bayaran 20 sen yang dikenakan kepada
pelanggan yang terlupa menyediakan beg sendiri
dan memerlukan beg plastik sebenarnya akan
disumbangkan kepada Program Anti-Miskin Tegar.
a
"Duit itu bukan masuk kocek kerajaan, kutipan
diambil oleh pasaraya yang terlibat untuk didermakan
kepada rumah-rumah kebajikan di negeri ini. Pada
dasarnya, ada beberapa pengusaha pasaraya besar
turut memberi reaksi positif dan berminat untuk
turut serta dan kami sedang memperincikan perkara
ini," ujarnya.
a
Jelas Boon Poh, program itu bukan bermakna kerajaan
negeri mengharamkan terus beg plastik sebaliknya
mengurangkan jumlah penggunaannya sahaja, malah
menggalakkan sekiranya beg plastik sama diguna oleh
orang ramai semasa membeli-belah berulang-kali.
a
"Hasrat kita seterusnya ialah memanjangkan lagi
program ini mungkin kepada dua hari tanpa plastik
atau minggu tanpa plastik. Jika ia tidak dimulakan
sekarang, bila lagi? Walaupun tiada paksaan, tetapi
kerajaan negeri berharap penduduk negeri ini dapat
memainkan peranan masing-masing agar alam
sekitar yang ada boleh diwarisi dengan selamat
kepada generasi seterusnya," ujar beliau.
a
Read rest of entry