6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis
kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000
lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?"
Jawab Rasulullah, "Suaminya". Aku bertanya lagi,
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Nabi S.A.W.) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a., barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Jadi,
janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan
wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.